Salam,
Freeletics..... Hari ni terjumpa cara senaman yang baru, yang tidak memerlukan apa2 modal($$$). Modal yang diperlukan cuma semangat kesukanan yang kental. :) hehehe. Memang teringin nak berhijrah jadi macam ni. sebab macam ni la bentuk yang di idamkan selama ni, bukan badan besar berketul2 macam body builder tu. hehehe..
Tuesday, 24 December 2013
Monday, 23 December 2013
Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Labels:
Agama
Monday, 16 December 2013
Kasih Sayang
JANGAN CARI KAYA, SELAGI ANDA TIDAK JUMPA DIA DAN KENAL KASIH SAYANG DIA...
Assalamualaikum sahabat2.
Alhamdulillah syukur kpd Allah swt atas nikmat kehidupan dan kesihatan pada hari ini.
Tazkirah utk pagi 16 December 2013.
"Kekayaan, Kejayaan Dan Kasih Sayang"
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM
Sunday, 15 December 2013
Siapakah Rohingya?
Sedih mengenangkan saudara kita yang berada di rohingya. Marilah kita sama-sama mendoakan dan menyebarkan video ini agar lebih ramai lagi yang dapat membantu mereka dan mendoakan mereka.
Post by Dakwah Islam.
Post by Dakwah Islam.
Labels:
Agama
Thursday, 12 December 2013
Cara Membuat Menu Bar di Blogspot
Assalamualaikum....
Hari ni saya tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat Menu Bar di Blogspot. Sebagai newbie, setakat ini rasanya memang banyak yang saya belum tahu mengenai blogspot. Bila terpikir untuk buat sesuatu baru la saya ajukan soalan kepada pakcik saya (pacik Google) :) hehehe. Akhirnya saya terjumpa apa yang saya cari dalam satu website. Dari apa yang saya baca tadi terdapat, sebenarnya ada beberapa cara untuk membuat Menu Bar. Tetapi saya pilih untuk menggunakan cara yang saya "copy paste" di bawah ini kerana ia mudah dan tidak memerlukan kita menggunakan "coding"

1. Login to your Blogspot dashboard.
2. Go to pages.
3. Click on Create New Page.
4. Choose Web Address when the drop down menu bar comes up.
5. Type in the title as you want it to appear.
6. Now you need to type in a URL.
http://www.[your blog name].com/search/label/[your label]
Exp: http://www.jomhijrahbersama.blogspot.com/search/label/Howto
Exp: http://www.jomhijrahbersama.blogspot.com/search/label/Howto
7. Hit save.
8. Just make sure on your pages page, the option is checked off to show…
“show pages as top tabs”
You are all set! Any blog post that uses that label will be pulled up like a filtered archive (listed according to date).
Labels:
Howto
Salaam Kenal
Assalamualaikum....
Posting pertama ini adalah untuk memperkenalkan kepada semua yang blog ini akan saya jadikan blog yang memberi sharing2 atau perkongsian yang menarik kepada semua yang mahukan perubahan(hijrah). Tak kira la perubahan dari segi apa sekali pun. Tetapi hijrah yang saya maksudkan adalah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. :)
Semoga Allah s.w.t akan memberikan semangat yang kental/kuat untuk saya maintain blog ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri...

Subscribe to:
Comments (Atom)